fOLLoWeRs YaNg CoMeY

Friday, June 10, 2011

Perempuan Cantik Pembunuh Ego Lelaki

assalamualaikum...wbt
Pernahkah anda terfikir, mengapa lelaki menjadi gabra apabila berdepan dengan wanita cantik? Kadang kadang lelaki itu bukan orang kecil, namun apabila berdepan sahaja dengan wanita, dia kelihatan kaku, tidak dapat bercakap dengan lancar, berpeluh, teragak-agak dan tidak keterlaluan jika dikatakan ‘sedikit bod.oh’.

Sebenarnya itulah kelemahan lelaki. Dia akan menjadi lebih bod.oh apabila wanita yang berdiri di hadapannya dianggap sangat cantik. Malah, lebih-lebih bod.ohnya apabila wanita itu bukan sahaja pada anggapannya sangat cantik, juga sangat-sangat ingin dimilikinya.
Lihat bagaimana reaksi P.Ramlee dalam filem ‘Bujang Lapuk’. Ketika dia hendak pergi mencari kerja bersama Sudin dan Aziz, tiba-tiba mereka terserempak dengan Salmah. P.Ramlee terus gabra, berdirinya jadi tak betul, cakapnya seakan merapu.
Hingga Sudin membasuh P.Ramlee dengan kata-kata, “Ei, Ramlee, engkau ni tak boleh tengok perempuan ye. Bila jumpa perempuan je terus mengada-ngada, menyampah!”
Sebenarnya bukan P.Ramlee sahaja yang begitu. Dalam realiti hampir semua lelaki adalah begitu. Maka itulah, kebanyakan agen sulit terdiri daripada wanita-wanita cantik, supaya dengan mudah mereka dapat masuk ke tempat-tempat rahsia dengan memperbod.oh-bod.ohkan pegawai-pegawai lelaki yang menjadi penghalangnya.
Meh sini aku tunjukkan buktinya:
Akhbar “Japan Today” memetik laporan J-Cast mengenai kajian terbaru pakar psikologi di Universiti Radboud, Belanda, bahawa lelaki melakukan tindakan bod.oh bila berinteraksi dengan wanita cantik.
Idea itu datang apabila seorang daripada penyelidik itu mendapati dia tidak mampu mengingati alamat rumah semasa berbual kali pertama dengan wanita yang menarik minatnya.

2 comments:

  1. erm......... btoi2 mmg la btoi...... tapy bukan semua laky mcm 2.... hanya segenlintir ja..........

    ReplyDelete
  2. yeah...exactly....bkn smua pon...

    ReplyDelete